Tuesday 28 August 2012

Masak Mee tak sampai lima minit!

AMARAN: INI UNTUK DICAMPAK-CAMPAK SAHAJA KE DALAM KUALI.
in case, korang dah lapo tahap gaban!!

1- sediakan bahan-bahan dulu. basuh mee untuk sorang makan!
2- lepastu sediakan lada yang dah dimesin.
3- lepas tu lagi, sawi kobis, sebanyak mana yang korang nak! kalo tak nak sayor tak payah letak!
4- pastu, ayam! takde ayam, udang ke sotong ke ape ke... fishball/ fishcake pon aku bedal semacam!
5- panaskan minyak. jangan sampai bergelen-gelen. sikit je. tiga empat sudu je. api jangan besar sangat!
6- dah panas tu, masuklah ayam sampai masak.
7- dah tu, korang letak lada mesin. kalo nak pedas, isilah banyak. kalo tak kuat pedas, isi sikit pon oke.
8- pastu letak sesudu teh sos tiram.
9- then, korang letak sayur, pastu masukkan air setengah cawan, ke sesuku ke. pandai2lah agak.
10- pastu, korang masukkan mee. yeay! godei-godei (kacau-kacau) jangan lame2.. terus masuk kicap!
11- tunggu sampai seminit dua je, angkat laa. yeay! siap!
12- tabur daun sup dan bawang goreng kat atas. dan, makanlah sampai perut kembong! tunggu ape lagi?? :P

P/S : kalau tak jadi, jangan salahkan aku. biasenye, aku masak, rase UMMMPPHH semacam. best je. tak tahulah korang masak jadi laen ke. hihihi. selamat mencube!


No comments:

Post a Comment