Tuesday 28 August 2012

Makanan segera sekiranya tiada stok makanan !!

MAGGI. korang mesti ade punye. paling tak pun, sebungkus mesti korang harus ade!

banyak mende yang korang boleh buat dengan maggi ni.

FIRST: MURTABAK MAGGI, haa. senang je.
prepare satu bijik/ lebih telur, sebungkus maggi kari.
haa. rebus maggi tu dulu, toskan sampai kering dan tak kembang!
pastu, masuk minyak sikit je. serbuk kari yang
dah disediakan dalam pek maggi tu,
korang buat masuk ke dalam telur tu dan pukul sampai sebati.
rasenye garam dah tak perlu. kalo kuat makan garam, isilah sampai lebam.
pastu masukkan telur yang dah dihentam dan didebik
dengan kari tadi ke dalam kuali panas. letak maggi ke dalam
kuali tu dan kacau-kacau. tak payah lame, korang angkat dan isi dalam pinggan.
ikut koranglah nak buat bentuk ape. unta ke penyu ke.
yang pasti, benda tu, korang dah boleh makan sebenarnye.

SECOND: MAGGI GORENG  alah!  benda ni orang tak pandai masak
 pun boleh buat sambil tidor! senang sangat! macam biasa. toskan maggi yang dah direbus.
lepas tu masuk minyak, campak lada mesin dalam minyak panas tu, isi ayam.
pastu, isi sayor. pastu isi sos tiram. alah. macam
tutorial untuk buat mee goreng tak sampai lima minit dalam
post lepas! haa, senang je, so, rajin-rajinkan diri anda ke dapur!

THIRD: MAGGI REBUS.  haa yang ni korang memang terror kan?
aku lagi terror sebab malas nak masak. tak payah nak bersusah payah nak buat.
masuk air dalam periuk, isi perencah, isi sayur, lada, bawang yang dihiris-hiris,
isi ayam dan telur. dah agak masak, isi maggi. sudah! cakkk!

No comments:

Post a Comment