Tuesday 28 August 2012

Nasi Goreng Kampung!

nasik goreng kampung? alah! benda mudah je tu.. tak payah nak risau sangat sampai gigit-gigit kuku di dapur! mula-mula,

1- sediakan nasi untuk sorang makan., make sure, nasik tu dah siap dileraikan dan diramas oleh tangan berpuaka korang tu. tak payah berketul-ketul. senang nak masak nanti.

2- lepas tu, sediakan telur, sebijik. sayur-mayur-tayur-bayur segala bendalah,. aku cadangkan sawi dan kobes je, senang! basuh dulu kay?

3- sediakan ikan bilis yang dah dikupas dan dibuang tahik dan isi perutnya serta ulang-temulangnya. segenggam cukuplah. basuh jugak. letak dalam lesung batu. bukan lesung pipit ok?

4- isikan bawang besar sesuku kalau besar dalam lesung batu tu.. kalau saiz bawang tu kecik, letak separuh. puas! lepas tu, letak lada kampung/ siam. ikutlah nak pedas tahap apa. aku biasa letak 3-4 bijik je. kalau nak letak enam tujuh pon boleh,  biar menjuih sikit bibir korang makannya. haha.

5- dah letak tu, jangan lupa seulas bawang putih. kecik. tak payah besar-besar pun tak apa. tumbuk semua bahan sampai dah agak lumat. jangan lumat sangat. jage2 mate korang. bahaye sikit..
p/s --> klau pedih mata kiri masuk lada, basuhlah kaki kanan. kalau pedih mata kanan, basuh kaki kiri. itu petua nak hilangkan pedih mata akibat kena lada. kalau pedih dua-dua mate, korang pergi masuk bilik jelah tidur! kesian pulak.. :P  jangan genyeh, kang mata jadi merah menyala pulak!

6- lepas siap, panaskan kuali okey? isi minyak sikit,. jangan banyak2. sikit je.

7- dah siap? masukkan bahan-bahan yang ditumbuk separuh lumat tadi ke dalam kuali. lepas tu goreng sampai setengah garing, jangan garing sangat, sedang-sedang je, masukkan  sayur.

8- pastu pecahkan telur, masukkan sekali. isi garam secukup rasa. isi sos tiram sikit.

8- masukkan nasi  dan  gaul sehingga sebati. tadaaaa! siap!!

SELAMAT MENCUBA!! :)

Makanan segera sekiranya tiada stok makanan !!

MAGGI. korang mesti ade punye. paling tak pun, sebungkus mesti korang harus ade!

banyak mende yang korang boleh buat dengan maggi ni.

FIRST: MURTABAK MAGGI, haa. senang je.
prepare satu bijik/ lebih telur, sebungkus maggi kari.
haa. rebus maggi tu dulu, toskan sampai kering dan tak kembang!
pastu, masuk minyak sikit je. serbuk kari yang
dah disediakan dalam pek maggi tu,
korang buat masuk ke dalam telur tu dan pukul sampai sebati.
rasenye garam dah tak perlu. kalo kuat makan garam, isilah sampai lebam.
pastu masukkan telur yang dah dihentam dan didebik
dengan kari tadi ke dalam kuali panas. letak maggi ke dalam
kuali tu dan kacau-kacau. tak payah lame, korang angkat dan isi dalam pinggan.
ikut koranglah nak buat bentuk ape. unta ke penyu ke.
yang pasti, benda tu, korang dah boleh makan sebenarnye.

SECOND: MAGGI GORENG  alah!  benda ni orang tak pandai masak
 pun boleh buat sambil tidor! senang sangat! macam biasa. toskan maggi yang dah direbus.
lepas tu masuk minyak, campak lada mesin dalam minyak panas tu, isi ayam.
pastu, isi sayor. pastu isi sos tiram. alah. macam
tutorial untuk buat mee goreng tak sampai lima minit dalam
post lepas! haa, senang je, so, rajin-rajinkan diri anda ke dapur!

THIRD: MAGGI REBUS.  haa yang ni korang memang terror kan?
aku lagi terror sebab malas nak masak. tak payah nak bersusah payah nak buat.
masuk air dalam periuk, isi perencah, isi sayur, lada, bawang yang dihiris-hiris,
isi ayam dan telur. dah agak masak, isi maggi. sudah! cakkk!

Bersin!

dengar bersin... eii. macam2 bunyi yang boleh dengar. ade yang ATCHEM(sopan). ade yang ATCHOMMME!!! (gegar urat saraf) ade yang CHIIIUU(tertahan-tahan). dua perkara yang korang mungkin tak tahu pasal bersin..

FIRST: BERSIN  boleh mengakibatkan  kematian! KEMATIAN. ingat tu. so, janganlah korang pepandai aje nak tahan-tahan bersin korang tu. saluran darah korang boleh pecah dan akan mengakibatkan KEMATIAN sekiranya korang maen tahan-tahan aje.. INGAT!! so, lepas ni, jangan nak tahan-tahan. biarlah sampai terbang rambut palsu orang pun dengan kebersinan melampau korang tu. erk. tapi jangan melampau-lampau.. hilang suare pula. bersin macam bunyi atchem tu agaknye dah okey!

SECOND: kalau kita BERSIN, sebenarnya kita MATI selama 0.2 saat. so, itu pasallah kite kena cakap ALHAMDULILLAH lepas bersin. janganlah mengada-ngada duk ketawakan kawan kite yang tengah bersin. dye dah mati kejap tu.. he hee.. so, lepas ni, pepandailah korang praktis cakap ALHAMDULILLAH tu dengan lebih kerap kay? manelah tau. time bersin, korang mati terus. tak ke naya? :P

P/S : ni fakta bukan auta! mentanglah aku tulis dengan perkataan yang tak berapa serius, korang kate aku gilo.. erm. tak percaye, check laman web or baca mana-mana artikel. sebab aku ni pon terjumpa kat artikel n laman web. weee

Masak Mee tak sampai lima minit!

AMARAN: INI UNTUK DICAMPAK-CAMPAK SAHAJA KE DALAM KUALI.
in case, korang dah lapo tahap gaban!!

1- sediakan bahan-bahan dulu. basuh mee untuk sorang makan!
2- lepastu sediakan lada yang dah dimesin.
3- lepas tu lagi, sawi kobis, sebanyak mana yang korang nak! kalo tak nak sayor tak payah letak!
4- pastu, ayam! takde ayam, udang ke sotong ke ape ke... fishball/ fishcake pon aku bedal semacam!
5- panaskan minyak. jangan sampai bergelen-gelen. sikit je. tiga empat sudu je. api jangan besar sangat!
6- dah panas tu, masuklah ayam sampai masak.
7- dah tu, korang letak lada mesin. kalo nak pedas, isilah banyak. kalo tak kuat pedas, isi sikit pon oke.
8- pastu letak sesudu teh sos tiram.
9- then, korang letak sayur, pastu masukkan air setengah cawan, ke sesuku ke. pandai2lah agak.
10- pastu, korang masukkan mee. yeay! godei-godei (kacau-kacau) jangan lame2.. terus masuk kicap!
11- tunggu sampai seminit dua je, angkat laa. yeay! siap!
12- tabur daun sup dan bawang goreng kat atas. dan, makanlah sampai perut kembong! tunggu ape lagi?? :P

P/S : kalau tak jadi, jangan salahkan aku. biasenye, aku masak, rase UMMMPPHH semacam. best je. tak tahulah korang masak jadi laen ke. hihihi. selamat mencube!


promot!! promot!!

1banyak benda yang aku nak promot ni.. kalau korang suke bace novel secare online....  ermm.  kalau  SUKE,  bukaklah penulisan2u. kakak aku ade tulis novel jugak dalam tu. tak tahu la best ke tak sebab aku tak bace pun.! :P

akak aku punye novel, tajuk... erm. tak payah tahu la. korang taip je name penulis, DEKNA LEE, adelah keluar novelnya tu. first time trial katenye. aku tak tahula macam mane ceritanya.. :P
sekarang, promot blog akak aku pulak.. hahah..

tak payahlah. nanti aku bagi link, senang. sekarang nak promot, ubat BARAKA. name macam NERAKA pun ade, eish! taklah. baraka bermaksud yang baik2 kan?? so, ubatnye pun ade baik-baiknya.. :P korang belilah nak tau. kalau aku nak explain, aku pun tak bape pandai.. kang lain pulak jadinye.

ape lagi aku nak promot?? oh! abang aku punye page. dye remix lagu. nak kate terror, tak lah terror sgt pon. okeoke jela. bg aku best aje. ngee. tapi, yang IWAN LEE ini hanya di FACEBOOK!

oh. bagi yang kuat melancong tu, nak melancong ke langkawi, ape kate, korang tinjau2 blog ni... http://rumahno9.com/ . aku tengok mcm boleh tahan lah. detail jugak trip yang diberi. :)

ni page, blogspot akak abang aku..
http://soundcloud.com/iwanlee/music-remix
http://deknalee.wordpress.com/
http://www.penulisan2u.my/index.php?s=dekna+lee
http://husnarazali.blogspot.com/

Monday 27 August 2012

Ibu dan Abah pesan...


  1. Jangan sibuk menongkat langit. nanti, tak ke mane juge kite pergi... tahu menongkat langit tu ape? takkan tak tahu kut? berlagak, sombong, riak dan takbur! okey! akan ingat pesan mak abah yang tu. NOTED! :)
  2. Jangan lupa diri, jangan lupa adik beradik. Ingatlah yang kita masih ade adik beradik. jangan tahu nak senang sendiri je. bila susah nanti, siapa lagi yang nak tolong kalau bukan adik-beradik? kalau senang, tolong yang mane susah. begitu jugak sebaliknya. Abah tak ajar anak-anak abah tinggal adik beradiknya. okey, NOTED. :)
  3. Belajar elok-elok sampai ke menara gading! bukan ke jinjang pelamin lagi. jangan fikir nak kahwin awal. dah dapat barang2 yang kita hengenkan, barulah fikir nak kahwin. dapatkan dulu kerja best-best. kereta dan sebagainya. jangan fikir nak enjoy je. pas abes belajar nanti, nak enjoy, enjoy jelah! janji ingat Allah. NOTED!
  4. rajin-rajin. pandai berdikari... jangan nak harapkan orang. jangan nak susahkan orang sangat. ingat kita bukan orang hidup mewah. :) NOTED. 

Tahukah Anda bahawa..


  1. Minum air sejuk selepas makan boleh menyebabkan buncit perut???
  2. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.
  3. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.
  4. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.
  5. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-’dous’ iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.
  6. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

    SUMBER: